Thursday, 28 March 2013

Kontroversi Rusdi Ramli dan Nora Danish

Baru-baru nie je saya baru share pasal janda 'hot' seMalaya tu, Rozita Che Wan, isu seksi itu hak miliknya. Dapat pula cerita baru, janda juga, pun 'hot' juga, tak kenal Nora Danish tak tau nak cakap ape la kan. Dikenali juga dengan nama Puteri, dari drama bersiri TV3 'Puteri'. Kali ini bukan melibatkan kisah hidup peribadi dia tapi berkaitan filem Mencari Cinta yang dia bintangi bersama Rusdi Ramli, pawang dalam cerita Puntianak Harum Sundal Malam.


"Weh.. Tak pernah dengar pun cerita ney. Rase-rase tengok pun belum lagi. Ade ke kat wayang? Aku kaki wayang kowt, tak pernah miss 1 movie pun!!"

Isu ney terbangkit daripada trailer movie yang bakal ditayangkan pada 25 April nanti. Tengok punya tengok, ter'pop up' pula babak di ranjang tapi takde la sampai scene bergoyang katil tu.


Babak 'bahagia' suami isteri dalam movie Mencari Cinta.

Apa kata D'Lafee? Haha..

  • Bahaya sangat scene ney oi. Okay, boleh dikatakan la kan "kami berlakon sahaja, bukan buat betul-betul pun." tapi dah sampai separa togel tu macam-macam masyarakat fikir. 
  • Menghayati watak selalunya antara sebab-sebab yang diketengahkan tapi pada pendapat saya, ada banyak cara lagi nak menghayati watak pun. Aaron Aziz dengan Maya Karin dalam cerita Ombak Rindu tu pun ada gak scene macam ni, elok je tengok. 
  • 'Typical Malay minded'. Pernah dengar ayat ni? Biasa la, tengok mat saleh punya movie siap topless bagai, lidah dah naik kering kene sedut, okay je. Datang bab tempatan, banyak pantang larangnya.
  • Banyak pendapat berkata Malaysian movie have taken another step into competing with the Hollywood. Tapi saya tertanya-tanya dari sudut mana ye? Ke letak scene di dalam selimut dah kira boleh bersaing, justeru melangkah satu tapak ke hadapan? Anda decide ye..
  • Saya masih ingat movie V3 - Samseng Jalanan dulu banyak babak yang ditapis oleh FINAS. Adakah FINAS telah mengeluarkan undang-undang baru ataupun ada sedikit kelonggaran dalam menerbitkan babak seperti ini sekarang?
  • Senang cerita, masyarakat Melayu majoritinya beragama Islam dan pelakon tu dah tentu-tentunya sama. Dari sudut agama tahu sendiri la kan. Okay fine, as a defend watak tu antara suami isteri so hubungan tu halal, tapi hakikatnya masih dinamakan berlakon.

Cerita pun belum ditayangkan, nak cakap banyak tak boleh. Sama-sama kita sokong industri filem Malaysia dan tonton cerita Mencari Cinta di pawagam tidak lama lagi. Dunia artis, susah kita nak cakap. Saya tak rugi apa-apa pun dengan action diorg. Beli ticket, tengok, makan pop-corn, balik, buka blog, update pasal movie tu. Hehe..


Communaute D'esprit.. :D

0 comments:

Post a Comment