Log In Personal Finance : 10 Steps for Less Fuel Usage

Here are 10 steps or guidelines for you to reduce the usage of fuel. Less usage, less money. Read here for more info.

Log In Malaysia Kita : Dr. Zakir lead a young lady into Islam

We frequently see this in youtube, on how Dr. Zakir lead a confuse person to believe in Islam. And now, it happened here, right in Malaysia! Read here for more info.

Log In Wow: Superhero Really Exist?

You'll never believe your eyes again. What a discovery. Read here for more info.

Log In The World : Facebook is illegal?

What? Are you kidding me here? What is the reason behind this illegality? Read here for more info.

Log In The World : 10 Most Expensive Place To Own A Car

You'll see how difficult to even own a car in these 10 places. Well for Malaysian, are you expecting something? Guess what rank Malaysia is. Read here for more info.

Wednesday, 24 April 2013

Aisyah Humaira Blogwalking Segment

Assalamualaikum, Hai, Wanshang Hao, Selamat Malam dan Salam Sejahtera.

As I surfing through the world of blog, I found this. Blogwalking segment created by a blogger named Aisyah Humaira. So apakah segmen ini? Bertujuan untuk menambah kenalan dan melihat blog-blog yang tersedia ada. Check the banner out :


Do click the banner to join the event.

Jom, ramai-ramai support event ni.

Se Soutenir Mutuellement.. :D

Tuesday, 23 April 2013

Setiap orang satu undi

Gelombang PRU 13 sudah semakin hampir. Hari penamaan calon pun baru sahaja beberapa hari berlalu. Dekat blog, surat khabar, facebook semua sedang membincangkan isu pilihan raya kali ini. Teknik berkempen, tak usahlah dibangkitkan. Macam-macam ada. Sendiri pun tahu kan tapi bukan ini yang saya nak cerita. Setiap orang satu undi. Apakah maksudnya?

"Aku sokong betul dengan parti cap cawan ni. Ape bende la parti lagi satu tu. Tak boleh pakai langsung!"

Nampak sifat cintakan parti tu dari Bro Komen kita. So cerita yang saya nak tekankan sekarang, kita haruslah keluar mengundi. Setiap orang hanya boleh mengundi sekali dan satu undi itu boleh mengubah segalanya.

"Malas la aku. Ape beza kalau aku g mengundi. Mesti menang nyer parti cap cawan aku tu. Tengok info sume tau dah."

Tak boleh la macam itu Bro Komen. Kenapa? Ini sebabnya. Contoh, parti cap cawan dan parti cap pinggan terikat dengan jumlah undian yang sama. Kalau Bro Komen tadi turun mengundi, kan dah menang mudah untuk parti cap cawan. Undian setiap pihak amat membantu dalam memudahkan proses pilihan raya kita. Kate sayang sangat parti, setuju dengan manifesto yang dijanjikan, so kenalah mengundi.

D'Lafee ingin berpesan :

  • Kalau sudah berumur 21 dan keatas, pergilah mengundi. 
  • Lebih-lebih lagi, yang sudah mendaftar. Kalau nak daftar sekarang, baik tak payah. Macam kawan saya baru-baru ini nak pergi mendaftar, kata orang itu ''Owh.. Dah boleh mengundi ni, tapi 5 tahun lagi la.". Kan dah sia-sia.
  • Sekali lagi, buat pilihan yang bijak. Kaji motif parti yang berkenan dan lihat sumber dari pelbagai sudut agar malkumat yang diterima tidak salah.
  • Kalau obses sangat dengan parti yang disokong, sokong dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jangan g kacau parti lain. Mak Timah keluar dari dapur lekuk dengan senduk baru tau.
  • Undi anda amat penting untuk negara.
  • Kalau dah bebal sangat tak keluar mengundi tapi sokong bersungguh salah satu parti, tengok-tengok kalah bertanding pula. Jangan nak berleter sana sini. Orang dah suruh keluar mengundi, awak sedap hirup air kopi kat rumah. Kita ada hak untuk berleter apabila kita keluar mengundi. Hehe.
  • D'Lafee keluar mengundi tak? Ya, jangan tidak.
  • D'Lafee sokong parti mana? Cap cawan la. Hehe.. Undi adalah rahsia.

Prendre Soin Pour L'instant.. :D


Monday, 22 April 2013

Grateful to you guys.

Assalamualaikum, Hai, Selamat Malam, dan Salam Sejahtera..

Modem rumah saya baru-baru ini kena litar pintas so kemudahan internet terbantut seketika. Saya ini pun terpaksa menumpang wi-fi kedai mamak. Muka panas je mamak tu tengok saya online berjam-jam tapi berjaya saya sejukkan hatinya dengan mengorder roti nan dengan ayam tandoori beserta nescafe 'o' ais 3 gelas.

Apa-apa pun, saya rasa gembira apabila satu hari saya buka blog, followers sudah mencecah 10+ orang. Walaupun ini masih kecil tapi saya amat berterima kasih. Biasa la, baru-baru lagi dengan dunia blog ni. Dah ada 10 orang pun rasa happy. Huhu.

Well, I'll keep blogging, polish my skills, providing you guys with useful information, and much more.



Prendre Soin Pour L'instant.. :D

Tuesday, 16 April 2013

Pejabat Pos 'Kualiti dan Janji'

Assalamualaikum, Hai, Salam Sejahtera dan Selamat Petang..

Cerita pasal pejabat pos ni, mesti tak lain wajib pasal surat. Tapi orang sekarang pergi pejabat pos jarang sangat nak pos surat peribadi. Kenapa? Kalau jumpe orang dekat pejabat pos, nak bayar bil la, nak upgrade license la, urusan pejabat la. Tak ada dah dengar pergi pejabat pos nak pos surat cinta, surat kepada kawan, surat kepada sahabat pena, even kad raya pun pakai Facebook!

Sebut pasal surat ni, saya ada satu pengalaman. Baru lagi. Korang kaji senario ni.

Saya ada 2 surat penting untuk dihantar secepat mungkin, mengenai pinjaman yang saya lakukan. Basically, this is a very important courier that need to be delivered ASAP. So saya pun menggunakan khidmat pos ekspress untuk menghantar surat ini. Setelah seminggu, saya dapat panggilan yang surat yang dikirim tak sampai lagi. Ambil positif la, maybe tayar pancit ke, traffic jam ke, ada masalah system ke kan (tu la orang kita). Saya expect after that call, maybe sampai la 2 3 hari lepas tu. 2 minngu lebih yang berikutnya, saya dapat lagi panggilan mangatakan surat tak sampai-sampai lagi. Apa dah jadi?


Pejabat pos manakah ini?

"Ape cer ni? Dah dekat 2 minggu. Surat tak sampai2 lagi. Kate pos ekspress, akan sampai dalam masa 2 3 hari. Ini da berhari-hari, pun tak sampai lagi. Surat penting tu woi!!"

Ikutkan hati, nak marah juga macam Bro Komen tu. Tapi kita cuba cara baik, tak salah kan. Selepas mendapat panggilan, keesokan harinya saya pun pergi ke pejabat pos untuk tanya apa dah jadi dengan surat saya. Setelah tanya sana sini, dia kata dia tak boleh buat apa-apa lantas memberi saya satu nombor untuk dihubungi. Eh, saya sendiri pula kena call? Takpe la saya pun call. Hasil keputusan dari nombor yang saya dapat tadi dan menghubungi orang itu, saya dapat lagi satu nombor untuk dihubungi. Eh, nombor lagi? Dengan tahap kesabaran yang amat tinggi, saya pun call la juga tapi tak diangkat. 2 3 kali call pun sama.

"Heshh!! Geram btol la.. Service ape kebenda macam ni.. Tak mesra pelanggan langsung.. Dah la lambat buat kerja, bagi banyak nombor suruh pelanggan call sendiri, call tak angkat pula tu."

Ceritanya, panggilan pertama yang saya buat tu katanya, salah satu surat saya dah sampai beberapa hari lepas. Lagi satu dah sampai ke pejabat pos di daerah itu, tapi tak sampai ke penerima kerana tiada rekod keluar dari surat tu. Zzz.. Susah la macam ni..

Bila dikenangkan, D'Lafee nak kata :

  • Bila mana public servant, maksudnya awak berkhidmat untuk masyarakat. Service haruslah mesra pelanggan dan kepuasan pelanggan adalah penting. Jangan la susahkan pelanggan.
  • Pos Ekspress. Pos yang menjanjikan surat akan sampai dalam masa 2 3 hari. Seminggu tak sampai saya boleh terima lagi. 2 minggu lebih macam mana pula?
  • Kita tidak tahu apa isi kandungan surat itu so do treat every single letter as an important letter. Highlighted, surat saya tu memang sangat penting.
  • Typical Malaysian memang sangat murah hati dan lemah lembut. Biar la, benda nak jadi. Selalu kita dengar kan? Kalau di negara luar, bila mana service tak seperti yang dijanjikan, laju je nak menyaman.
  • Macam mana surat itu boleh bersarang kat pejabat pos tu? Agak-agak apa mereka buat? Saya malas nak buat andaian.
  • Tiada effort nak follow-up dengan customer. Walhal, dekat sampul tu disertakan alamat pengirim dan penerima, juga nombor telefon pengirim dan penerima. Tiada satu panggilan pun dari pejabat pos.

Apa yang awak bagi dan tunjuk, melambangkan apa yang awak wakilkan. Kalau begini kualiti yang dipamerkan, agak-agak ape imej yang masyarakat dapat lihat? Kalau kena pada masyarat luar atau pelancong asing, imej ape agak-agak yang dipamerkan untuk negara? 

Hanya berharap servis dapat dipertingkatkan lagi dan tolong cepat sikit pos surat saya.

Service signifie tout.. :D

Monday, 15 April 2013

Budak sekolah Gang Lan Todak

Cerita ni tersangat la hangat diperkatakan sekarang. Tahu tak pasal cerita Gang Lan Todak ni? Bukan Lan Todak cerita Juvana tu tapi Lan Todak 'wannabe'. Cerita diorang ney bermula dari satu video dimana Gang Lan Todak ney tarik sorang budak ke belakang class, dipercayai ketua class itu. Setelah aksi terkinja-kinja dan sedikit caci maki, maka salah seorang dari Gang tu pun membantai ketua class itu secara membuta tuli tanpa belas kasihan. Tomoi, terajang, tumbuk, sepak, siku, tunjal, habis semua skill keluar.


Video aksi 'ganas' Gang Lan Todak wannabe

"Weh.. Ape bende tunjuk aku video geli ney.. Tumbuk nerd tiang lampu tak membalas, pukul merapu-rapu, tak tumbang pulak tu batang pisang yang dibantainye dari tadi tu."

So ape cerita dapat nama Gang Lan Todak ni? Budak-budak ni taksub dengan watak Lan Todak dalam cerita Juvana tu, sampai tak tahu nak beza maya dan realiti. Kes ini dapat perhatian umum, yang ingin menuntut bela ke atas ketua class yang dibuli itu tadi. Nak diceritakan, betul-betul feymes kes ni. Boleh tengok kat youtube, facebook, twitter, surat khabar, Mak Jemah jiran saya 10 blok pun dok gosip pasal ni.

Information regarding this wannabe gang is diorang ni budak sekolah XXX (dirahsiakan takut mengaibkan nama sekolah yang tak bersalah) di bahagian utara. Suspek yang menggerakkan gang ni ada 3 orang. Suspek utama bernama Luqman Hakim Ahmad. Kalau nak kenal, saya share link.



Itu tadi leader. Yang ni pula, anak buah. Namanya Izzat Syafiq Bin Abdullah.



"Hades budak-budak ni la. Muke sorang-sorang jambu, nak jadi gangster. Tengok video pun dah cukup geli, apekan lagi ini. Ei, korang ni dah sunat, dah akil baligh belum?"

Marah betol Bro Komen ni. Itu link-link yang saya dapat. Sebenarnya banyak lagi link mengenai Gang diorang ni tapi tak terambil saya semuanya. Haha. So, nak dijadikan cerita, famous sangat cerita ni sampai PDRM turun padang bagi menangani masalah ini. Atas kerjasama orang ramai, akhirnya Gang Lan Todak wannabe ni berjaya diberkas. 


Wajah pilu Gang Lan Todak setelah diberkas

Gambar terbaru Gang Lan Todak setelah diberkas. Tapi kalau tengok betul-betul gambar mamat yang pakai baju Arsenal tu, tak macam Luqman Hakim pun. Dah ape cerita pulak ney? Sebelum kita merujuk kepada Luqman Hakim, setelah disoal siasat, antara sebab-sebab ketua kelas itu dipukul adalah kerana tindakan beliau mengadu kepada cikgu tentang salah laku membawa handset ke sekolah.

"Eh, sebab tu je ko beriya nak bantai budak tu? Lucu la.. Budak tu nak jadi good citizen biar la.. Ko tu g langgar peraturan sape suruh. Sape suke barua cikgu tapi nasib ko la kan."



Berkaitan Luqman Hakim pula, budak ni ada buat laporan polis berkenaan diugut, dimaki, dicaci, dan segala jenis la yang beliau terima. Menurut salah satu petikan akhbar tempatan, Luqman ni tegas mengatakan beliau tidak terbabit dalam insiden itu dan tiga suspek utama telah diberkas. Harapan beliau agar nama beliau dapat dibersihkan. Berhubung dengan peristiwa ini juga, dengar cerita Sharnaaz Ahmad yang melakonkan watak Lan Todak dalam filem Juvana sanggup turun padang untuk memotivasikan belia-belia 'aktif' ini.

Apa kata D'Lafee tentang situasi ini :

  • Keganasan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Ape ingat best ke gaduh-gaduh ni? Sakit badan, sakit urat, lebam-lebam, letih woo.
  • Keganasan boleh menjurus kepada masalah yang lebih besar. Dah sampai kes polis, tak ke besar tu? Kena gari bagai tahu sebak muka masing-masing.
  • Peraturan adalah untuk diikuti. Jangan la marah dekat ketua kelas tu. Dia hanya menjalankan tanggungjawab je. Dah taknak kena report, ikut la peraturan.
  • Gejala gangsterism sangat la tidak elok. Memang nampak cool kan, fighting and stuff tapi tak ke mana pun. Korang tengok je cerita Juvana tu, tapi tak ambil nilai moral yang diterapkan. Even si Botak pun insaf.
  • Salah siapa jika situasi begini berlaku? Ibu bapa, guru, rakan-rakan, media massa, atau sekeliling? Semua kena ambil port la. Tak payah nak tunding jari ke mana-mana pihak. Muhasabah diri sendiri.
  • Nilai moral itu penting. Pukul anak orang tu. Masyarakat tengok pun marah, kalau mak bapak budak tu tengok, tak lagi sedih diorang
  • Siasat sesuatu perkara hingga ke akar umbi. Jangan main tuduh semberono je. Yang ini general.
* Khas untuk Luqman Hakim. Jika terbukti anda tidak bersalah, kami semua minta maaf dan berharap nama anda dapat dibersihkan. Segala yang berlaku amat dikesali.

* Untuk Gang Lan Todak. Harap kejadian seperti ini dijadikan ikhtibar. Korang muda lagi. Betul ke nak sangat masuk  sekolah macam Sekolah Wira Bakti tu? Karang nangis tak berlagu duduk dalam tu.

Contre La Violence.. :)

Saturday, 13 April 2013

Samsung sIII Meletup Semasa Dicas?

Zaman sekarang, sebut je apa jenis gadget yang ada. Note, tablet, smartphone, PsP, MP4, iPod, iPhone, iPad, android (Eh, android gadget plak kan). Anak-anak muda even pakcik-pakcik pun moden u'olls. Lepak kedai kopi, tangan duk slide tablet. Tapi tahukah anda apa yang mungkin tak terjangka dari gadget-gadget yang awesome ni?

Saya terbaca di sebuah blog, berita tentang Samsung sIII meletup semasa dicas. Waa, macam mana boleh jadi camtu? Ceritanya yang berlaku di Dublin, Ireland, handset Samsung itu sedang dicas di dalam kereta. Tau2 je la smartphone, bateri mana la tahan sampai sehari. Sedang elok cas handset, tiba-tiba ianya mula terbakar seperti percikan api putih, berhampiran dengan port cas semula.


"Weh, cmner bley jadi macam nie? Aku ade dekat 4 bijik handset Samsung!! Tak secure la camni.. Hadess.."

Bro Komen, jangan marah. Kemalangan pasti berada dimana jua. Gambar ni diupload oleh mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dillo2k10. Class namenye. Haha.

Jurucakap Samsung pun dah ambil berat pasal isu ni dan telah mula mengkaji selidik apa masalah disebalik kejadian. Segala info dan keputusan akan kita ketahui tidak lama lagi.

Hah, handset pun meletup sekarang. Mana yang gile gadget tu, amacam? Hehe.. Takde apa pun sebenarnya. Benda dah jadi. Semua benda ada tarikh luputnya. Ada kekurangannya, sama juga manusia. Kita pun ada tarikh luput, cuma tak tahu sahaja.

Prendre Soin Pour L'instant.. :D

(Simple Notes) Saya mau review blog korang.



As I blogwalking, founded at blog Kisah Gadis Ketawa and blog Secret of Shaila. Nampak menarik. Jom join! :D

*Do click either the banner or the link provided to join.

Tips Menghilangkan Bau Kaki

Hai.. Lama saya tak update blog. Tak sempat nak tulis pun, dengan assignment, quiz, test, presentation, side business, fuhh. Haha. So kali ini, entri saya berkenaan bau kaki or nama pasar yang saya pernah dengar, cagu. 

"Haish bro.. Lame tak update blog, tau2 keluar cerite pasal bau kaki. Ape cer ney?"

Haha.. baru-baru ni pengalaman saya menguruskan satu program. Semua peserta kena masuk satu bilik yang tertutup ni so kena buka kasut. Elok semua dah masuk, ada satu bau sampai ke hidung saya, memang semerbak. Tak nak kuat pula bau tu sampai ada orang lain yang dah terkulat-kulat saya tengok muka. Dah la bilik berair-cond. Nak saya cari orang tu, malu pula dia nanti.

So macam mana nak hilangkan bau kaki ni? Kena rendam kaki dalam air bunga ke? Tak pun kena jemur kat tengah panas? Nak lagi pelik, kena pakai perfume kat kaki ke? Tak rumit pun sebenarnya. Ini adalah tips atau langkah mengelakkan bau kaki:



  • Elak memakai stoking yang lembap atau berulang kali, maksudnya 2-3 hari stoking yang sama. Abang kakak, takkan la ade sepasang je stoking. Saya pernah jumpa 3 pasang tak sampai RM10 pun. Malas tukar sangat pun, sepasang pakai la untuk 2 hari, lepas tu tukar. Kalau basah, wajib tukar.
  • Pakai kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik, maksudnya selesa la senang. Kalau kaki saiz 7, jangan pula pakai kasut saiz 6. Dah macam sarung nangka dah nanti. Besar sangat pun tak elok, macam Uncle McDonald tu haa
  • Sentiasa membersihkan kaki anda. Kaki pun nak bersih juga, hari-hari mengadap lantai je. Kekerapan membasuh kaki dapat menyegarkan kulit kaki serta mengelakkan bau kaki. Kenapa sebelum tidur kena basuh kaki? Even untuk orang Islam, dalam wudu'k pun ada basuh kaki kan.
  • Pakai krim kaki untuk lembutkan kaki. Ini memang payah nak jumpa. Tapi tak salah nak dipraktikkan. Kalau dah ada masalah bau kaki yang serius, takkan tak nak cuba. Kalau takde masalah bau kaki pun buat juga, lagi awesome.
Untuk gadis menawan dan lelaki kacak diluar sana, selamat mencuba!!

Vos photos de toilettage qui vous etes.. :D


Thursday, 4 April 2013

Pembubaran Parlimen

Setelah lama kita menanti, akhirnya kelip-kelip mata Perdana Menteri Malaysia buat masa ini, Dato' Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah mengadap Yang Dipertuan Agong pada 3 April 2013, jam 0825 dan diperkenankan untuk membubarkan parlimen. Maka, kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan sementara dan segala peruntukkan adalah terhad.



Nampaknya bahang PRU ke-13 dah makin hangat membara. Bila tengok kat tepi-tepi jalan, penuh bendera parti masing-masing. Kempen-kempen dan video-video juga berkeliaran untuk menarik hati rakyat dan meraih undi. Berkemungkinan minggu depan senarai calon yang bertanding akan dikeluarkan. Apa-apa pun, berkempenlah secara adil dan bersih. Rakyat zaman millenium mampu melihat dan berfikir.

"Amacam? Agak-agak '1 Malaysia' ke 'Ini kali lah!' yang dapat memikat hati rakyat? Nampak cam menarik je. Heheh."

*Sorry lambat sket update pasal bende ney, internet problem. (T_T)

Prendre Soin Pour L'instant.. :D

Wednesday, 3 April 2013

Tips menggunakan shampoo dengan betul. Shampoo and conditioner?

Boleh ke categorizekan shampoo and stuff under 'Grooming'? Boleh la kowt sebab hygiene pun can be categorize as grooming. So ini first post saya tentang grooming. Inipun sebab ada kawan tanya pendapat baru-baru ini.

Ramai yang berkata ''Ape gune shampoo nie? Shampoo tak shampoo rase cam same je.", dan ada juga yang berhujah "Ceh! Dasar iklan. Kata boleh cure dandruff la, rambut lurus bak sutera la, elok macam dawai je rambut ney".

Jangan dimarah iklan-ilkan tu. Tak dinafikan iklan biasanya akan melebih-lebih dalam mempromosikan barang mereka tapi kalau produk itu tak berkesan, takkan la boleh survive dalam market sampai sekarang. Penat cari pakar rambut cam Yuko Yamashita tolong create shampoo. Sebenarnya, ada teknik nak bagi shampoo tu berkesan, ikut jenis apa yang dikehendaki. Tekniknya pun simple je.

What is shampoo?

Shampoo ingin saya tekankan, bukanlah untuk rambut tapi untuk kulit kepala. Kalau korang baca kat belakang tu, selalu ditekankan tentang scalp. Saya pasti ramai yang ikut sedap picit shampoo dan terus tepek kat rambut then bilas. Nampak buih tu kire dah shampoo la. Apa kata gunakan cara ini :


  1. Mulakan dengan mandian macam biasa. Basahkan seluruh anggota badan, kepala especially. Takkan la masuk-masuk bilik air, sangkut tuala terus shampoo. Cam pelik je.
  2. Then, picit shampoo di tapak tangan. Eh eh, jangan tepek lagi. Nak cepat je.
  3. Gunakan hujung jari anda, tekapkan di shampoo dan gosok bahagian kulit kepala anda. Satu bahagian ke satu bahagian. Kalau saya, saya mula dari kanan kepala, kiri, depan, atas, dan belakang. Ingin saya tegaskan, jangan gunakan kuku, gunakan hujung jari. Kalau guna kuku, kulit kepala boleh rosak.
  4. Oppp, jangan bilas lagi. Tunggu sekurang-kurangnya 3-5 minit sebelum bilas. Kenapa? Ini untuk membiarkan kulit kepala menyerap intipati shampoo tu. Dalam tempoh tu, gosok la gigi ke, sabun badan ke.
  5. Lepas 5 minit, bilas kepala hingga bersih, sampai hilang kesan shampoo dan buih di kepala.

What is conditioner?

Conditioner ney la baru untuk rambut. Ianya digunakan selepas shampoo tadi. Conditioner adalah produk penjagaan rambut yang mengubah serta menjaga penampilan rambut. Ada shampoo yang ada conditioner dan ada yang tidak. Cara untuk menggunakan conditioner adalah seperti berikut : 

  1. Okay. Conditioner ada banyak jenis, bergantung kepada jenis rambut dan masalahnya. Produk seperti L'oreal mempunyai banyak jenis shampoo dan conditioner so make sure that you choose the right product for your hair.
  2. Biarkan rambut anda dalam keadaan lembab, bukan basah. Maksudnya, lepas shampoo tadi, lap sedikit rambut anda tapi jangan sampai kering pula.
  3. Picit kuantiti yang sesuai ke tapak tangan dan mula mengurut rambut anda bermula dari kulit kepala sampai ke hujung rambut.
  4. Lagi bagus kalau menggunakan sikat yang bergigi luas, sebab ianya lagi rata dan kena pada setiap helai rambut.
  5. Sesudah itu, biarkan selama 1-2 minit. Tadi dah gosok gigi, sabun badan. Kali ni cuci la muka ke, ape ke. Kalau tak tahu nak buat apa, bersenam la kejap. Huhu.
  6. Sesudah itu, bilas rambut anda selama 20 - 30 saat, bagi betul-betul bersih.

Cuba tips-tips di atas dan lihat kesannya.Nak bagitau, shampoo pun pilih tuan tau. Tak semua shampoo sesuai untuk semua orang. Ada orang tak boleh pakai shampoo X tapi boleh pakai shampoo K. Anda kena cuba satu persatu dan lihat samada rambut anda sesuai tak dengan shampoo dan conditioner itu. Juga, amalkan rutin diatas sekurang-kurangnya 2 - 3 hari sekali.

"Bro ney cam expert je tentang rambut-rambut ney. Kerja kat saloon ke?"

Saya tak expert pun, sendiri pun refer dengan orang lain, dengan pakar. Nak kongsi pengetahuan dengan orang lain. Tips diatas bukan untuk gadis menawan sahaja, lelaki kacak pun boleh guna tips tu. :)

Vos photos de toilettage qui vous etes.. :D

Monday, 1 April 2013

Kontroversi Filem 'Amukan Azazil' berhubung babak Remy Ishak dan Diana Danielle

Saya sebenarnya bukan la peminat tegar, fanatik, serta taksub dengan cerita hantu ney sebab bagi saya, jalan cerita hantu ney hampir semuanya sama. Tapi atas sebab kenapa 'Amukan Azazil' ney menarik perhatian saya, there's no big deal actually. Kawan saya ada berlakon extra dalam filem tu so bersungguh suruh saya tengok. Sebagai kawan, saya pun layankan la kehendak famous beliau.

Tup tup, filem ini pun ada juga menimbulkan kontroversi. Kontroversi yang sama pernah saya ceritakan sebelum ini berkenaan filem 'Mencari Cinta' babak antara Rusdi Ramly dan Nora Danish. Kalau belum baca, ney linknya.

Log In Malaysia Celebrity : Kontroversi Rusdi Ramly dan Nora Danish


Bibik-bibik 'indah' antara babak dalam Amukan Azazil.

Tempoh hari, 'happy moment' antara Rusdi Ramly dan Nora Danish. Nampak sinar bahagia di wajah Rusdi Ramly tu. Dah Remy pula mengikut jejak yang sama, cuma tak nampak muka la kan. Tengok Diana pula yang feeling lebih. Sekali lagi mereka berjaya membawa watak yang diberikan.

Macam mana ni? 2 filem dah ada 'Hollywood' moment. Nampak betul nak bersaing dengan industri luar, tapi babak ney je la. Macam-macam komen yang saya dengar, ada yang baik, ada yang buruk, ada yang setuju, ada yang tidak, ada pula yang suruh tambah. Eh, boleh ke?

Ulasan saya tetap sama seperti apa yang saya ulas sebelum ini berkait isu filem Mencari Cinta. Apa-apa pun, mari kita sokong industri filem kita dengan menonton Amukan Azazil di pawagam, secara tidak langsung support kawan saya. Hehe. Bangunkan industri filem tanah air kita, dah nampak sangat excited in competing through the 18sx area.

*Nak tanya, cerita ney dilabelkan sebagai U ke 18SX ke 18PL? Kalau U, saya tak tahu nak cakap ape la kan. Masing-masing punya pendapat yang tersendiri dan mampu berfikir. ;)

Communaute D'esprit.. :D

April Fool

March sudah berlalu, tak mungkin kembali lagi. Boleh je nak kembali tapi March 2014 la pulak kan tapi apa yang berlaku pada kita ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Selepas March, bulan apa? Ya, April. Apa yang famous tentang April ialah pada 1hb April, iaitu April Fool. Setakat saya hidup, macam-macam prank dah saya lihat apabila tibanya April Fool. Terserlah kekreatifan orang-orang kita bab mengenakan orang ney. Ade sekali tu kenalan saya, punya yakin diterima masuk ke Akademi Fantasia, dah nak beli tiket bas ke K.L. dah, bawa beg siap. Kesian pun ada, lucu pun ada.

"Hamboi ko, sedap sangat mengenakan member tu ye. Dah terkumat-kamit aku tengok muke kesian mamat tu. Tak cun betul cara ko salurkan kekreatifan ko ney."

Itu masa tak ambil tahu. Eh, tak ambil tahu pasal apa pula? Untuk yang beragama Islam, HARAM hukumnya menyambut April Fool. Jeng Jeng Jeng..

"Kami rakyat Malaysia! Berkongsi budaya so kami pun nak celebrate seperti agama dan kaum lain juga!"

Memang boleh pun. Kita semua rakyat Malaysia, satu negara dan saling menghormati antara satu sama lain. Tiada masalah untuk Cina sambut perayaan Melayu, India sambut perayaan Cina, or Cina menyambut perayaan Bumiputera. Tapi kita harus la melihat apakah motif perayaan or sambutan itu, khususnya orang Islam.

Untuk mengetahuan, April Fool ini sebenarnya adalah hari memperingati pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi. Perayaan itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada March 1487 Masihi.

Lagipun, ada lagi satu sumber yang juga mengatakan perbuatan menipu boleh menjatuhkan maruah, merendahkan martabat kemanusiaan, dan juga menyesatkan akidah umatnya.

Sekarang sudah tahu bukan? Hehe. Jangan risau, saya pun pernah sambut sakan April Fool ini tanpa mengetahui perkara sebenar disebalik sambutan perayaan ini. Semua orang pun pernah buat silap so kita perlulah menyesali perbuatan kita dan memohon keampunan terhadap yang Maha Esa.


References Throughout April Fool :

wowberita.org (Hukum Menyambut April Fool)

shafiqolbu.wordpress.com (Hukum dan fatwa menyambut April Fool)

La Connaissance Est Importante.. :D