Monday, 15 April 2013

Budak sekolah Gang Lan Todak

Cerita ni tersangat la hangat diperkatakan sekarang. Tahu tak pasal cerita Gang Lan Todak ni? Bukan Lan Todak cerita Juvana tu tapi Lan Todak 'wannabe'. Cerita diorang ney bermula dari satu video dimana Gang Lan Todak ney tarik sorang budak ke belakang class, dipercayai ketua class itu. Setelah aksi terkinja-kinja dan sedikit caci maki, maka salah seorang dari Gang tu pun membantai ketua class itu secara membuta tuli tanpa belas kasihan. Tomoi, terajang, tumbuk, sepak, siku, tunjal, habis semua skill keluar.


Video aksi 'ganas' Gang Lan Todak wannabe

"Weh.. Ape bende tunjuk aku video geli ney.. Tumbuk nerd tiang lampu tak membalas, pukul merapu-rapu, tak tumbang pulak tu batang pisang yang dibantainye dari tadi tu."

So ape cerita dapat nama Gang Lan Todak ni? Budak-budak ni taksub dengan watak Lan Todak dalam cerita Juvana tu, sampai tak tahu nak beza maya dan realiti. Kes ini dapat perhatian umum, yang ingin menuntut bela ke atas ketua class yang dibuli itu tadi. Nak diceritakan, betul-betul feymes kes ni. Boleh tengok kat youtube, facebook, twitter, surat khabar, Mak Jemah jiran saya 10 blok pun dok gosip pasal ni.

Information regarding this wannabe gang is diorang ni budak sekolah XXX (dirahsiakan takut mengaibkan nama sekolah yang tak bersalah) di bahagian utara. Suspek yang menggerakkan gang ni ada 3 orang. Suspek utama bernama Luqman Hakim Ahmad. Kalau nak kenal, saya share link.



Itu tadi leader. Yang ni pula, anak buah. Namanya Izzat Syafiq Bin Abdullah.



"Hades budak-budak ni la. Muke sorang-sorang jambu, nak jadi gangster. Tengok video pun dah cukup geli, apekan lagi ini. Ei, korang ni dah sunat, dah akil baligh belum?"

Marah betol Bro Komen ni. Itu link-link yang saya dapat. Sebenarnya banyak lagi link mengenai Gang diorang ni tapi tak terambil saya semuanya. Haha. So, nak dijadikan cerita, famous sangat cerita ni sampai PDRM turun padang bagi menangani masalah ini. Atas kerjasama orang ramai, akhirnya Gang Lan Todak wannabe ni berjaya diberkas. 


Wajah pilu Gang Lan Todak setelah diberkas

Gambar terbaru Gang Lan Todak setelah diberkas. Tapi kalau tengok betul-betul gambar mamat yang pakai baju Arsenal tu, tak macam Luqman Hakim pun. Dah ape cerita pulak ney? Sebelum kita merujuk kepada Luqman Hakim, setelah disoal siasat, antara sebab-sebab ketua kelas itu dipukul adalah kerana tindakan beliau mengadu kepada cikgu tentang salah laku membawa handset ke sekolah.

"Eh, sebab tu je ko beriya nak bantai budak tu? Lucu la.. Budak tu nak jadi good citizen biar la.. Ko tu g langgar peraturan sape suruh. Sape suke barua cikgu tapi nasib ko la kan."



Berkaitan Luqman Hakim pula, budak ni ada buat laporan polis berkenaan diugut, dimaki, dicaci, dan segala jenis la yang beliau terima. Menurut salah satu petikan akhbar tempatan, Luqman ni tegas mengatakan beliau tidak terbabit dalam insiden itu dan tiga suspek utama telah diberkas. Harapan beliau agar nama beliau dapat dibersihkan. Berhubung dengan peristiwa ini juga, dengar cerita Sharnaaz Ahmad yang melakonkan watak Lan Todak dalam filem Juvana sanggup turun padang untuk memotivasikan belia-belia 'aktif' ini.

Apa kata D'Lafee tentang situasi ini :

  • Keganasan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Ape ingat best ke gaduh-gaduh ni? Sakit badan, sakit urat, lebam-lebam, letih woo.
  • Keganasan boleh menjurus kepada masalah yang lebih besar. Dah sampai kes polis, tak ke besar tu? Kena gari bagai tahu sebak muka masing-masing.
  • Peraturan adalah untuk diikuti. Jangan la marah dekat ketua kelas tu. Dia hanya menjalankan tanggungjawab je. Dah taknak kena report, ikut la peraturan.
  • Gejala gangsterism sangat la tidak elok. Memang nampak cool kan, fighting and stuff tapi tak ke mana pun. Korang tengok je cerita Juvana tu, tapi tak ambil nilai moral yang diterapkan. Even si Botak pun insaf.
  • Salah siapa jika situasi begini berlaku? Ibu bapa, guru, rakan-rakan, media massa, atau sekeliling? Semua kena ambil port la. Tak payah nak tunding jari ke mana-mana pihak. Muhasabah diri sendiri.
  • Nilai moral itu penting. Pukul anak orang tu. Masyarakat tengok pun marah, kalau mak bapak budak tu tengok, tak lagi sedih diorang
  • Siasat sesuatu perkara hingga ke akar umbi. Jangan main tuduh semberono je. Yang ini general.
* Khas untuk Luqman Hakim. Jika terbukti anda tidak bersalah, kami semua minta maaf dan berharap nama anda dapat dibersihkan. Segala yang berlaku amat dikesali.

* Untuk Gang Lan Todak. Harap kejadian seperti ini dijadikan ikhtibar. Korang muda lagi. Betul ke nak sangat masuk  sekolah macam Sekolah Wira Bakti tu? Karang nangis tak berlagu duduk dalam tu.

Contre La Violence.. :)

2 comments: