Monday, 5 May 2014

Gaduh Sebab Tandas!

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings.

Hari ini saya ingin menyentuh tentang berita yang baru saya baca di myMetro online tadi. Kalau sekali baca, bunyinya agak serius tetapi setelah beberapa kali baca, seperti kelakar pun ada juga. Selalu kita dengar gaduh pasal perempuan/lelaki, pecah amanah, salah faham, tapi kali ini tandas. Mahu tak menarik. Hee~

Haiiiyahhhhh!!

Kejadian berlaku di Nibong Tebal. Pergaduhan di antara pekerja warga Bangladesh hingga menyebabkan salah seorang cedera di telinga akibat ditoreh menggunakan objek tajam, berlaku di sebuah rumah kongsi di Tasek Mutiara Seberang Prai Selatan.

Akibat pergaduhan itu, 4 diantara mereka cedera ringan manakala yang tidak bernasib baik, mangsa yang berusia 20-an hampir kehilangan telinga, juga segera dikejarkan ke hospital.

Kes masih lagi dalam siasatan tetapi mengikut maklumat awal, pertelingkahan berpunca daripada penggunaan bilik air.

"Pulak! Bergadoh sampai toreh-toreh bagai, kes toilet. Dah ujung-ujung sangat ke ape sampai tak tahan kemain lagi. Tu la, makan bawang banyak sangat."

Urgh!

Persoalan, kenapa bawang? Anda pastinya memahami. Hee~ Berbalik ke cerita, masalah berpunca apabila salah seorang memasuki bilik air dengan memakai but yang dipenuhi lumpur menyebabkan bilik air menjadi kotor. Dari perang mulut, cubit-mencubit, tolak-menolak, terjatuh, bangkit, sisih kain dan bertarung, hinggalah ke toreh-menoreh.

"Dari ditoreh telinga kawan tu, kan lagi elok kalau pegi toreh getah. Duit pun dapat."

Kesimpulan, orang Bangladesh pun manusia juga. Tak lain dari orang Malaysia. Semua tidak lari dari melakukan kesilapan dan paling penting, menitik beratkan hal kebersihan. Perlulah ada sikap bertimbang rasa dan saling memahami. Tidak semestinya duduk sebumbung, bayar sewa sekali anda ada hak untuk melakukan apa jua yang anda gemari tanpa memikirkan orang lain yang menginap bersama.

The main point ; Gaduh pasal toilet! Rare! ROFL!



Ces Bangladeshi Etant Aussi Attentif A L'Hygiene. :D

0 comments:

Post a Comment