Friday, 15 April 2016

Dr. Zakir Naik Islamkan Pelajar Di Kemaman, Terengganu

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Greetings.

Negara kita Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana dilawati oleh seorang pengkaji agama yang terkenal, Dr Zakir Naik. Saya ikut Dr Zakir ni kalau nak ikutkan, lama dah. Ini kerana, hujah-hujah beliau semua berasaskan fakta dan rujukan. Selain agama Islam, beliau juga mengkaji agama Kristian, Hindu, Buddha, dan lain-lain.

Walaupun begitu, ada juga sesetengah pihak yang menentang kemasukan Dr. Zakir ke Malaysia tapi itu bukan lah topik yang ingin saya ketengahkan kali ini.

Sebentar sahaja tadi, Dr. Zakir Naik menyampaikan ceramah di Kemaman, Terengganu. (nak pergi tapi jauh.. T_T) Seperti biasa, akan ada sesi soal jawab sesudah ceramah. Dr. Zakir membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertanya.

Muslin  - Soalan yang berkaitan dengan tajuk ceramah.

Non Muslim - Bebas



Di antaranya adalah seorang non Muslim berasal dari Filipina, seorang pelajar yang sedang menuntut di RANACO Terengganu, Nina Grace (19). Soalan yang diajukan berbunyi :

"Saya kerap membaca surah Al-Fatihah, Surah 3 Kul, dan juga ayat Kursi. Adakah saya tidak menghormati Islam dengan berbuat demikian?"

Dr Zakir menjawab "Tidak" dan pula bertanya "Adakah kamu percaya bahawa Tuhan itu satu?".

Jawab Nina "Ya".

Tanya Dr. Zakir lagi "Adakah kamu percaya bahawa Jesus itu Tuhan?"

Nina berkata "Tidak".

Dr. Zakir bertanya lagi "Adakah kamu percaya bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T.?"

Nina Grace menjawab "YA".

Masha Allah, ujar Dr. Zakir. Selepas beberapa penjelasan dan soalan, Dr. Zakir mengajak Nina untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan Nina Grace mengikutinya.

Boleh tonton video penuh disini :



*Sesi Nina Grace bermula pada minit 18:20





Masha Allah Dr. Zakir Naik.

Ada juga sahabat yang berada di sana tadi, menyaksikan saat itu dengan mata sendiri. Selalu hanya lihat di youtube bagaimana Dr. Zakir mengajak orang memeluk Islam. 

Ini boleh dijadikan rujukan untuk kita sendiri sebagai seorang umat Islam. Bagaimana orang bukan Islam boleh berminat dan mendalami Islam itu sendiri, sedangkan kita kadang kalanya lalai dan terleka. Peringatan untuk diri sendiri.

Sumber : Siakap Keli
                                                                                    
Meme non musulman se interesser a notre religion. Qu'en est-il de nous, avons-nous?

Instagram/Twitter : marcodfaust
Facebook : The Marco D Faust

0 comments:

Post a Comment