Monday, 18 April 2016

Dr. Zakir Naik Memimpin Orang Kedua Masuk Islam di Malaysia

Assalamualaikum, Good Morning, Zaoshang Hao, and Greetings.

Nampaknya kita menerima lagi satu berita gembira daripada Melaka. Kita ada saudara baru, atas bimbingan dan penerangan dari Dr. Zakir Naik yang meyakinkan beliau.



Di Alor Gajah malam tadi, seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi dari UTeM, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Dr. Zakir Naik dan juga hadirin dan hadirat yang hadir seramai 20,000 orang.

Senkiran Dharma, 24 tahun melafazkan kalimah suci itu setelah menerima penjelasan yang terperinci terhadap soalan yang dikemukakan beliau.

Mengikut kata Senkiran Dharma, beliau sudah mula mengenali dan mendalami Islam sejak 3 tahun yang lalu lagi. Akhirnya, setelah persoalannya dijawab Dr. Zakir, pintu hatinya terbuka untuk menerima Islam sebagai agamanya.


Sumber gambar : Berita Harian

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, Dharma menerima senaskah Al-Quran daripada Dr. Zakir Naik disertakan dengan laungan takbir.

Ini adalah berita gembira buat kita sebagai penganut agama Islam kerana menerima kehadiran dua orang saudara baru. Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Nina dari Kemaman dan Dharma dari Melaka agar mereka boleh mendalami Islam dengan lebih lagi.

Dari peristiwa ini, suka saya tekankan untuk kita melihat diri kita sendiri. Adakah cukup Islam kita. Terjagakah solat kita, adakah kita menuruti perintah Allah S.W.T. , berpegangkah kita kepada Amar Maaruf Nahi Mungkar, adakah kita boleh menjadi contoh kepada saudara baru kita ini. Sama-sama kita renungkan.

Sumber : Berita Harian


Remplissez vous-meme avant de remplir d'autres. :)

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI.

0 comments:

Post a Comment