Wednesday, 20 April 2016

Nora Danish dan Nedim Bakal Bernikah

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings.

Kali ni kita cerita pasal artis Malaysia sikit. Nora Danish, siapa tak kenal. Lebih dikenali dengan wataknya sebagai 'Puteri", antara janda terhangat di Malaysia. Comel, cantik, apa yang tak ada pada Nora. Kalau lelaki, tak pernah terminat kat Nora, ada something wrong la tu. Heheh.



Ceritanya, dikhabarkan Nora bakal menamatkan zaman solo, bercadang bernikah dengan Nedim. Ya, Nedim. Mereka KEMBALI. Yang di luar tu, sila putuskan impian anda kerana kali ini mereka tampak lebih serius untuk mendirikan rumah tangga.


Nedim menyatakan hasrat beliau untuk menikahi Nora tahun ini juga. Perkara ini dikongsi Nora ketika di lokasi penggambaran drama bersiri Mak Cun tetapi masih belum ada perancangan spesifik lagi buat masa ini.


Menurut Nora Danish, dia sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga. Apabila ditanya mengenai pengalaman silam, ujarnya "Hendak fikir pengalaman lalu membuatkan saya takut untuk bernikah lagi? Bukankah kehidupan manusia ada pasang surutnya?"


Haritu dah hadap berita sedih ni. Kena hadap lagi sekali. Adei Nora, harap-harap perancangan ini menjadi dan hubungan ini kekal dan Nora mampu menjadi lebih baik selepas ini. 

*Penangan Nora Danish kahwin tak sekuat ketika Dato' Siti berkahwin dengan Dato' K. Pedihnya sehingga hari ini.


Pourquoi vous si mignon!!

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI.

0 comments:

Post a Comment