Sunday, 17 April 2016

Pencuri Di'Kung-Fu'kan Oleh 1000 Pelajar

Assalamualaikum, Good Evening, Xiawu Hao, and Greetings

Dipetik dari akhbar Kosmo hari ini, 16hb April, Sabtu, muka surat 46. Kejadian ini berlaku di Shaanxi, China.

Seorang pencuri bernasib malang apabila kegiatannya disedari oleh kumpulan pelajar kung-fu yang kemudian bertindak mengejar dan membelasahnya beramai-ramai.

Insiden berlaku di Institut Pembelajaran Fizikal di Xi'an di sana selepas hampir seramai 1000 orang pelajar mengerumuni pencuri berkenaan dan menunggu giliran masing-masing.


Sumber : Surat Khabar Kosmo

Fuhh. Bayanglah kena bantai dengan 10 orang pun dah nak meraung, ini 1000 orang! Budak kung fu pula tu, bukan budak biasa. Bukan seni Street Fighter, King of Fighter, ataupun Ninjutsu.

Yang lagi mengejutkan, berani dia mencuri di kawasan sekolah budak-budak belajar kung fu sedangkan dia berbadan gempal, dah tentu-tentu budak tu lagi laju dari dia. Dia ingat dia Sammo Hung agaknya.

Moral of the story :
- Jangan mencuri. Banyak lagi cara untuk menjana pendapatan. Saya boleh ajar bagaimana tapi dia duduk China pulak.
- Jangan buat hal dengan budak kung fu. Main-main ko, kena Tendangan Tanpa Bayang 1000x, pedih ke pedih? Pedih la!


Voler est pas un moyen de sortir. Marco peut vous apprendre a generer des revenus cote! :)


0 comments:

Post a Comment