Wednesday, 20 April 2016

Video 2 Orang Polis 'Pau' Budak Sekolah Jadi Viral

Assalamualaikum, Good Evening, Wanshang Hao, and Greetings.

Saya sebenarnya pagi nanti perlu bertolak awal kerana berjalan jauh tapi terasa ingin menulis juga. Saya dapat beberapa cerita hari ini dan saya pilih untuk tulis yang ini dahulu.



Baru-baru ini, jadi viral apabila video 2 orang polis lengkap beruniform sedang menahan seorang budak sekolah. Setelah beberapa minit, mungkin soal siasat atau rundingan, boleh terlihat sesi menge'pau' berlaku di situ. Lihat video dibawah.

video

Sumber : You Tube

Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia bencikan polis. Pernah dengar pepatah "Disebabkan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga". Ni, 2 orang dalam gambar ni, nila setitik la ni.

Orang ramai tak bodoh, sekarang semua zaman viralisasi. Ape-ape rekod. Ini adalah perbuatan yang tidak beretika, pusing ikut mana pun. Kalau contoh budak itu ponteng sekolah atau dilihat merokok, hukum melalui prosedur yang betul, bukan begitu caranya. Topup pun minta duit mak bapak lagi, apalah sangat duit dalam wallet budak tu.

Sedih bila kita melihat perkara sebegini, sikap sesetengah pihak berkuasa yang menyalahgunakan kuasa. Saya sangat mencuba berfikiran positif apabila melihat video ini, sampai berpeluh berjeruk ketiak cuba nak positif. Habis pusing, mungkin budak ni pernah hutang dengan dia ke, mungkin memang nak belanja minum air sebab tolong escort dari pintu pagar sekolah, but no, nope. I can't think of any possible way of positive from this situation. Kalau korang ada idea, mohon share.

Perlu diingatkan juga, ramai lagi polis yang telus dalam melakukan kerja diluar sana. Seperti yang saya cakap tadi, "disebabkan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga". Perbuatan ini mencemarkan nama baik badan beruniform.

Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan dengan segera.

*Nampak tak kenapa kumpulan band skinhead Malaysia, The A.C.A.B. selalu ketengahkan lagu yang membenci polis? Kalau korang baca lirik lagunya, mereka bukan benci polis secara keseluruhan, mereka benci kepada polis yang korup.


Il y a d'autres bons flics. :)

Cara untuk menjana pendapatan sampingan? Tekan di SINI

0 comments:

Post a Comment